Ringgit dijangka menyaksikan aliran mengukuh dan mencecah semula paras 4.46 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, mengulangi paras diraih pada Ogos lepas.<br /><br />Prestasi tersebut berikutan sentimen positif pasaran yang terus dipacu oleh jangkaan kenaikan kadar faedah selain rasa optimis terhadap kerajaan baharu susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).